Wednesday, December 31, 2008

AKTIVITI BARU

Pembahagian barang percuma.

Tempat : Kg. Che Wan, Kijal.
Tarikh : 23 Januari 2009
Hari : Jumaat
Masa : 4 petang hingga 6 petang (bergantung kepada keadaan)

Datang dan sertai kami.

Flyers akan di upload kemudian.

UPDATE

Peace Gig telah berjalan dengan lancar pada 20 Dec lepas. Bermula jam 12 dan tamat pada 7 petang. Untuk gambar, sila lawati MySpace HFC.

Terima kaseh pada semua yang terlibat.

Monday, December 8, 2008

PEACE GIG


20 DECEMBER 2008
LITTLE BALI, CHERATING PAHANG
PRE-SALE TICKET, RM8
AT DOOR, RM12

FOR PRE-SALE TICKET, YOU CAN GET IT FROM
ALONG SPEK - 013 9391146
MR CHO - 013 9175747
DAUD - 012 3358462

Friday, November 21, 2008

dari RAHMAT HARON ke SHAMSIAH FAKEH

puisi Rahmat Haron untuk Shamsiah Fakeh....

shamsiah

selamat tinggal samsiah fakeh,kerana aku dapat rasakan dunia baru disebalik gas gas pemedih mata dan dibawah batu batu konkrit yg dilempari.
Awas api perempuan ini

Jam sembilan pagi hari hartal 20 Oktober
tapi ini tahun 2008 – enam puluh satu tahun kemudian
dia menghembuskan
nafasnya yang penghabisan,
meninggalkan
sejarah besar
dan khalayak yang kecil
memberi hormat
pada tamat
jalan hidupnya;
di kuburan
pokok nangka
rumpun pandan dan pohon kelapa,
berkumpul
dua tiga orang anak-anaknya,
menangis
dua tiga orang cucu-cucunya,
sedikit sahabat-handai
sedikit keluarga
dua tiga kerat pemimpin
dan sedikit peminat
bersedih-sedihan mengalirkan air mata.

sedikit musuhnya Bernama RTM
-tiba-tiba membawa berita tanpa tipu setelah hayatnya tiada-
setelah helah bertahun-tahun dia dihitamkan tanpa putih,
paling kurang menjadi kelabu pun tak ada
dan
parti telah lama membuangnya.


benar ini bandar
ada urusan dan alasan
ada mesyuarat dan persidangan
ada kerja dan kesibukan
ada janji dan pertemuan
ada parti berseronok dan parti politik
apalah pentingnya
jenazah tanpa nyawa
"kita ambil hikmahnya
belajar sejarahnya, itu yang utama.
"
ah, kuburan tanda kematian
pengkebumian itu ritual agama
adat resam dan budaya.



aku memang dah tak ada kerja lain
bolehlah menyibuk-nyibukkan diri,
kalau tidakpun
aku hanya
melepak dan berkhayal dan bermimpi dan bercakap dan membebel
tentang revolusi yang tak pernah jadi-jadi.



awan gelap
bergumpal hodoh
keruh langit
meratapi
pemergian seorang tokoh,
benar juga ini bukan pesta keramaian
tidak perlu berdedai-dedai
manusia seperti keldai
berbaris
memberi tabik hormat,
tidak perlu dipaksa semua ini,
dia bukan jenderal atau menteri atau longgokan bangkai-bangkai di makam-makam mahal atau artifak awetan dalam muzium
penuh prestij, ada kelas dan tinggi martabat itu.


dingin selepas asar
waktu arab
kasar hujan berat dan angin kuat
kencang bertiup
lembut tanah basah
kampung
malaysia raya
mengambus jasadnya
di sana mata air sungai besi
begitulah keras hatinya
seperti waja keluli.


Kesedihanpun mengalir
dalam hatiku seorang laki-laki
yang lemah
tak berdaya berdepan dengan sejarah dan cerita
gagahnya
aku hanya berkata-kata, bercakap, menjerit terlolong
terhoyong-hayang
meneguk alkohol, memegang botol-botol kecewa
sambil melukis atau menulis-nulis puisi cinta dan benci.



Kau tahu, suatu waktu dia cukup garang bersuara
melaungkan revolusi merdeka ibu pertiwi
seorang perempuan penuh api di dada
jiwa yang luas, fikiran yang cerdas
otakku semakin kerdil dibuatnya
aku hanya bersemangat buas,
tapi melihat matanya aku menjadi terlalu ringan seperti kapas
dan buta kerana warnaku cukup pekat merahnya tapi hanya pada buku dan gaya dan cap dan jenama dan stail dan fesyen belaka.


berat senjata dan cita-cita di tangannya – tangan seorang perempuan
yang menggoncang penjajahan dan dunia ketuanan laki-laki
di tanganku hanya keringat
gementar kesejukan
kederatku selalu tak larat
merdekaku hanya khayal semata
dan dia serikandi benar-benar memegang janji
sebuah revolusi
merdeka dengan darah!
"pengorbanan, berkorban, terkorban"
dan dia adalah korban,
dalam perjalanan sejarah yang panjang
dalam perang melawan penindasan
dalam darurat dan khianat
dalam berontak
meniti zaman pergolakan.


dia benar-benar
menyintai tanah air
seorang kawan
seorang komrad
seorang pemberani
seorang gerilyawati
seorang sosialis
seorang komunis
seorang pemimpin
seorang pemikir
seorang penulis
seorang pensyarah
seorang buruh kilang besi
seorang kekasih
seorang isteri
seorang emak
seorang nenek
dan tindakan-tindakan telah bergerak
amal dan pengalaman
telah mengoyak-ngoyakkan teori
kulit luruh menampakkan isinya.



Tapi aku cuma bermimpi
dan dia benar-benar nyata
bukan khayal membina syurga di bumi.


aku lelaki kehilangan upaya
hanya rupa seolah wira
ber t-shirt kan che guevara
dan wajah-wajah gagah
engels, marx, lenin, stalin, trotsky, castro
atau lei feng atau ak gopalan – AKG,
iya yang kutatap masih juga tegap tubuh-tubuh laki-laki.

di tanganku panji-panji
berbenderakan tukul dan sabit dan kukuh genggaman tangan
buruh dan petani
memetik bintang-bintang
keindahan ayat-ayat cerita orang lain
sengsara dan bahagia oktober 1917
sengsara dan bahagia rakyat di Kuba
sengsara dan bahagia di Selatan Amerika
aku menjadi pengkhayal rupanya
mendambakan romantika kejayaan revolusi yang jauh
lalu menghirup teh tarik kow kurang manis
di restoran mydin bangsaT utama
bersama kawan-kawan
roti canai mencecah kari
bersembang dan berbual panjang tentang itu dan ini
menunggu datangnya mati.


peduli apa aku
pada deng xio peng
atau mao tse tung
pada merah
revolusi budaya

tapi aku peduli
padanya
Shamsiah Fakeh
dan AWAS revolusi
tanah Melayu,
iya
revolusi
yang gagal itu
kerana
dia berjaya
menyalakan
api dalam diriku
untuk belajar menjadi seorang laki-laki berani
bukan berani menjadi hamba atau tuan
tapi tidak takut mengangkat saksama sesama manusia
salutku pada nya
seorang perempuan
revolusioner sejati.


20 Oktober 2008
aku tak hadir di sekolah revolusi.

dari kuchai lama
ke tanah perkuburan kg. malaysia raya, sungai besi, kl.

Monday, November 10, 2008

Unite Against Discrimination Collective

UNITE AGAINST DISCRIMINATION

COLLECTIVE

(U.A.D. COLLECTIVE)


Aktiviti pertama collective: Gotong-royong

Pada : 15 November 2008

Tempat : Rumah Anak-anak Yatim Asrama Bakti

Jadual Aktiviti:

9.00 a.m. - berkumpul di rumah Sazwan (Mat Wan)

- disertai oleh ahli-ahli collective seramai 9 orang

- mengumpul dan mengemas segala barang-barang

9.30 a.m. - bertolak ke rumah anak-anak yatim

10.00 a.m. - tiba di lokasi

- kemaskini barang-barang untuk bergotong-royong

10.20 a.m. - aktiviti bergotong-royong dimulakan

1.00 p.m. - aktiviti bergotong-royong tamat.

1.15 p.m. - rehat

- jamuan makan bersama-sama penghuni Asrama Bakti

- memberi sedikit sumbangan berbentuk pakaian dan hamper

2.00 p.m. - bergambar bersama-sama penghuni Asrama Bakti

2.30 p.m. - bersurai

Jutaan terima kasih kepada:

Semua ahli-ahli U.A.D. Collective yang sudi bekerjasama memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti ini.

Love You All

PEACE – UNITY - FREEDOM

UADC adalah kolektif yang berbasis di Kelantan

Monday, November 3, 2008

BELAJAR SAMA-SAMA

Ini adalah aktiviti ketiga HFC. Tempat aktiviti ini adalah tempat yang pernah kami datang untuk aktiviti pertama dulu. Kali ini, ada penambahan aktiviti iaitu tuisyen. Dikendalikan oleh cikgu Azizah. Terima kaseh kepada semua yang terlibat.






HAPUSKAN I.S.A

*diambil dari gugusankata.blogspot.com

I.S.A atau Internal Security Act (Akta Keselamatan Dalam Negeri) merupakan salah satu dari undang-undang utama di Malaysia yang membenarkan pemerintah menahan sesiapa sahaja tanpa perlu di dakwa dan di bicarakan di mahkamah.
I.S.A termaktub kepada peraturan 17 yang terkandung dalam undang-undang Darurat 1948 – 1960. Ia mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960, 24 jam selepas tamatnya darurat pada 30 Julai 1960.
Seseorang yang didapati mengancam keamanan Negara ataupun menggugat sistem politik dan sosial kerajaan, berkemungkinan besar ditahan dibawah akta ini. Mereka akan diberi tekanan secara manipulasi psikologi melalui seksaan mental dan fizikal serta layanan yang tidak berperikemanusiaan semasa disoal siasat 60 hari selepas ditahan. Tahanan akan diberi perintah 'DITAHAN’ selama 2 tahun di Kem Tahanan Kamunting. Perintah itu ditandatangani oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan boleh diperbaharui selama 2 tahun lagi berkali-kali tanpa ada batasan.
Pada saat ini masih terdapat lebih kurang 100 orang yang ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Sebahagian besar mereka terdiri daripada golongan radikalis/ ekstrimis serta aktivis-aktivis sosial dan politik Negara. Sehingga hari ini mereka tidak pernah dihadapkan ke mahkamah untuk sebarang perbicaraan berhubung dengan kesalahan yang dinyatakan. Ini telah menunjukkan bahawa pemerintah kerajaan telah mencabul HAK ASASI MANUSIA dengan memenjarakan sesiapa sahaja TANPA BICARA. Undang-undang yang mencabul hak asasi manusia adalah sangat jelas merupakan undang-undang yang salah!
Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia seperti Amnesty International dan Human Rights Watch telah mendesak kerajaan Malaysi(al) supaya memansuhkan I.S.A, dan kempen permansuhan ini telah dilaksanakan melalui gerakan-gerakan dari SUARAM, GMI, JIM, kolektif-kolektif bebas radikalis-kiri dan persatuan-persatuan mahasiswa di Negara ini.
Atas nama kemanusiaan, sila sebarkan pamplet ini kepada rakan-rakan dan famili bagi menyebarluas maklumat ini dan menyokong kempen untuk menghapuskan kezaliman I.S.A.
BANGKIT DARI TERUS DITINDAS
BEBASKAN TAHANAN I.S.A
TUTUP KEM TAHANAN KAMUNTING
HAPUSKAN KEZALIMAN I.S.A!

Thursday, October 16, 2008

Police Brutality

Apa yang berlaku di Kg. Baru Plentong Tengah ?

KBPT



teman kita di tangkap dan dikasari oleh polis babi!

kerk , bigso dan wakkang ditangkap dalam aksi protes pengusiran di kampung baru plentong tengah..kita mengharapkan solidaritas kawan-kawan untuk menyebarluaskan info yang telah saya kirim ke bulletin.


turut di tangkap 2 orang aktivis dari SUARAM dan 40 orang penduduk di balai polis johor jaya!!

lawan dan jangan pernah berhenti berjuang!!

police asshole!

polis tangkap demonstran di plentong!solidariti semua!

BERITA PENGUSIRAN DAN PEROBOHAN RUMAH,SERTA TINDAKAN REPRESIF DAN PENANGKAPAN POLIS TERHADAP PENDUDUK DI KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH , JOHOR BAHRU OLEH DEVELOPER BUKIT LENANG SDN.BHD.

15 Oktober 2008: Masayarakat di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor, Malaysia mengadakan malam pertemuan bersama penduduk kampung dan sebahagian partisan dari luar serta NGO dan Kolektif yang ada di Malaysia. Musyawarah ini dilaksanakan dalam rangka perlawanan terhadap Developer Bukit Lenang yang akan menggusur kampung mereka pada besok harinya tanggal 16 Oktober 2008. Beberapa Ahli pengurus Kampung memberi arahan serta semangat kepada setiap penduduk agar terus bertahan serta melawan penggusuran secara paksaoleh pihak deveploer, walaupun pengeshan dari Mahkamah Malaysia belum menandatangi kesefahaman kepemilikan tanah kampung itu sebenar.

Pada sebelah malam hari juga di adakan pemutaran film documentari tentang pengusiran oleh pihak berkuasa daerah disalah satu kampung yang terletak di selangor ,Malaysia serta pemutaran tentang ” Mari Beraktivisme” yang mengisahkan tentang sebuah kolektif di kuala lumpur mengisi agenda kolektif dengan berbagai aktifitas seperti Food Not Bomb, serta kesenian.pemutaran film berakhir pada jam 00.30 dan dilanjutkan dengan Solat Hajat dan doa bersama oleh masyarakat kampung.

Sehingga jam 4 pagi masyarakat kampung terus berjaga-jaga agar kampung mereka dalam keaadaan selamat. Seperti yang dikatakan oleh Pak Taslim,”kami akan terus bertahan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang siap”. Masyarakat kampung sehingga ke hari ini masih dalam status tidak jelas yang mana pertikaian tanah telah berlangsung selama hampir 23 tahun. “sekiranya mereka masih juga melakukan perobohan,mereka telah menghina mahkamah dan saya siap melakukan apa saja jika itu akan tetap tejadi” kata pak kasim yang bertindak sebagai ketua keselamatan Kampung Baru Plentong Tengah.

16 oktober 2008: Jam 7.30 pagi Masyarakat kampung mulai berangsur-angsur mendatangi tempat aksi berlangsung. Diperkirakan seribu orang masyarakat kampung akan turun untuk aksi pagi ini untuk melakukan aksi menolak penggusuran yang akan di lakukan oleh pihak Deveploper. Disamping itu kekuatan pihak polis yang berseragam diperkirakan seramai 200 orang , SB ( special Branch ) seramai 100 orang,dan FRU seramai lebih 100 orang dan sebuah helikopter yang mengintai dari udara. Terlihat juga ada puluhan masyarakat kampung yang masih berkumpul di masjid. Pada mesyuarah tetutup semalam, masyarakat kampung juga berantisipasi jika adanya provokator yang akan menimbulkan kericuhan pada aksi protes di jalankan.dalam pembicaraan itu juga antisipasi terhadap pihak polis yang berpakaian preman juga di waspadakan, sekiranya mereka akan menyelit masuk kedalam kumpulan masyarakat.

Jam 8.
49: pagi AJK memberi himbauan kepada masyarakat kampung yang masih belum turun kejalan untuk bersama turun untuk menyambut tetamu istimewa (Developer Bukit
Lenang Sdn Bhd). Terdengar bacaan ayat suci Al Quran dari Masjid yang mengiringi perjuangan masyarakat kampong untuk tetap bertahan dan menuntut hak mereka sampai itu semua tertunaikan oleh pihak deveploper.

Jam 9.15 pagi: perhimpunan penolakan telah berkumpul semua di pintu masuk utama ke kampung . Pihak polis mengarahkan pasukan FRU untuk berada kelompok masyarakat dalm tujuan mengawal agar tidak terjadinya kericuhan dalam aksi. Pihak Polis cuba menangkap Encik Kasim yang bertindak sebagai ketua keselamatan, atas sebab di anggap sebagai provokator. Aksi berjalan dengan damai pada awalnya,dan masyarakat juga telah di himbau agar tidak melakukan tindakkan agressif.

Jam 9.30 pagi: negosiasi antara peguam dan pemaju sedang berjalan.

Jam 10.25 pagi : Pemaju mendapat perintah tanpa notis bertulis dari mahkamah untuk merobohkan rumah-rumah kosong. Terlihat juga beberapa jentera berat untuk perobohan.

Jam 10.30 pagi : peguam memberitahu penduduk kampung bahwa hasil perundingan dengan pihak pemaju gagal, dan pihak berkuasa memberi arahan perhimpunan bersurai dalam masa 10 menit.

Jam 10.32 pagi : belum sempat 10 menit waktu yang di beri, FRU terus melakukan kekerasan terhadap pendemo yang sedang melakukan aksi duduk dengan menolak dan memukul para pendemo. AJK Keselamatan, Encik Kasim di tangkap secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan. Disamping itu juga beberapa orang penduduk, Encik Meon dan Encik Hassan di pukul oleh FRU hingga pingsan dan di bawa lari ke Hospital. Terlihat juga seorang wanita Tionghoa berusia 60tahun di pukul hingga tersungkur ke tanah. Anak-anak juga turut mendapat kekerasan yang tak sepatutnya.Pihak polis juga menangkap siapa sahaja yang berada di dalam perhimpunan itu. Turut di tangkap dua orang aktivis dari SUARAM, dan 3 orang dari Kolektif A//LC. Menurut informasi yang di dapat sekitar 45 orang lelaki dan wanita telah di tangkap oleh pihak polis .

Jam 10.44 pagi : Jentera berat di iringi pihak polis memasuki kawasan kampung dan merobohkan rumah penduduk. Masyarakat tidak dapat berbuat banyak kerana tertekan oleh penjagaan yang diiringi oleh tindakan represif.

Jam 11.00 pagi : masyarakat kembali memenuhi halaman masjid, dan terlihat kesedihan atas kegagalan mereka untuk mempertahankan kampung.

Jam 11.20 Pagi: Peguam lansung menuju ke Balai Polis Johor Jaya dengan tujuan menjamin mereka yang tertangkap. Tapi peguam tidak di benarkan masuk oleh pihak polis atas sebab akan mengganggu jalannya siasatan.

Jam 2.42 petang: mereka yang di tangkap masih lagi di soal siasat oleh Pihak Polis, dan mendapat informasi, 4 orang peguam yang telah dihantar ke balai polis masih lagi tidak dapat berjumpa dengan tahanan.

Sekian saja informasi yang dapat kami sampaikan, dan kami akan menyampaikan informasi lebih lanjut.

Diisi oleh : Abdul Gapur ( Ahimsa Independence Media, Batam Indonesia yang saat ini berada di tempat kejadian)

Saturday, October 11, 2008

Kg Air Putih (17 Oct 08)

- "by the way, it’s in Kemaman, Terengganu. And Cikgu Fazri (Kasih Sayang/Inikah Hidup/DRSA zine/Coalition zine/Ronin Distro) will be teaching accounting and his wife Cikgu Azizah (FNBKL) will be teaching english. do support if you’re living around the area. semua orang itu guru. alam raya sekolahku. sejahteralah bangsaku -marjinal.
" - xnizangx


Wednesday, September 10, 2008

Nasi Dagang Raya Jamm pt.3

Tiada tempat nak beraya? Sila lah datang ke tempat ni.
Vanue : 60's Studio
Tarikh : Raya ke empat (4.10.2008)
Masa : 12pm-7pm
Tiket : pre-sale RM5, door RM8

Band yang akan memeriahkan hari raya anda adalah ;
Killing Apes (opening)
Clumsy Ruby
Rebel For X
Worse Than A Fairytale
Toxictoy
Distortia
Givenpath
The Marruah
Reset to Default
The Tunelari
Revenging Romeo

INI BUKAN PARTI LIAR, CUMA MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA.


Human First Collective?

Sunday, September 7, 2008

Aktiviti Seterusnya

17 Oktober 2008. Jumaat. Kg Air Putih. Masa akan ditetapkan.

Kami merancang untuk mengadakan satu lagi aktiviti pada tarikh tersebut. Antara aktiviti yang dirancang adalah ; pembahagian barang percuma, pengajaran dan pembelajaran (untuk kanak-kanak), etc..

Harap-harap ia boleh berjalan dengan sempurna.

Jom sertai kami!

Ada sebarang cadangan?

Human First Collective?

Sunday, August 31, 2008

Sumbangan

Untuk menggerakkan kolektif ini, kami memerlukan sumbangan daripada anda semua. Sumbangan bolehlah terdiri dari pakaian/buku/permainan atau apa-apa sahaja. Jika anda ingin menyumbang, bolehlah hubungi kami di :

Ayi 0179518320 Binjai
Pali 0133307932 Bukit Mentok
Kaziman 0179506210 Bukit Kuang
Ikhwan 0142116147 Mak Cili
Farid 0199930717 Felda Sbrg Tyr
Along 0139391146 Kemasek
Jamal 0129892137 Mak Cili
Along 0129547706 Batu 2
Acik 0139677265 Batu 2
Aniq 0179511149 Mak Cili


Kawasan yang tertera di atas adalah sekitar Kemaman.




Bantu sebarkan












Human First Collective?

Saturday, August 30, 2008

Help Stop the Japanese Slaughter of Dolphins

Dear Friend,

Please join me in writing to the Japanese ambassador in London.
Urge him to stop the slaughter of dolphins in the village of
Taiji. For six months every year, these beautiful, intelligent
creatures are herded into killing coves and mercilessly
slaughtered for their meat.

Follow the link below to send an e-mail to the ambassador. Then
forward this information to your friends and family members. The
more people we get to send an e-mail, the greater the chance of
ending this vile torture.
http://getactive.peta.org/campaign/p2_save_dolphins?rk=a1r54Y9qA6nUW

Take Action on This Issue

APAKAH INI MERDEKA?

Minda terpenjara
Jiwa terus dijajah
Dibeza darjat, rupa, warna
Selamanya tertindas

Ditakutkan diperhamba
Diturut wajib terima
Rejim kroni kaum pemodal
Bila masa bisa dipersoal

Apakah ini merdeka
Kami tagih keadilan
Apakah ini merdeka
Mana janji kebebasan

Kontaminasi demokrasi
Kontaminasi kuku besi

Kezaliman sama saja
Walau rupa kamu berbeza


*Dipetik dari Mass Separation 'Tak Mau Lagi' 7"

Against Me! Cassette


RM6 byhand
RM7 postpaid

Hantarkan pesanan anda ke:
slipar_jepung@hotmail.com
Myspace

Thursday, August 28, 2008

Penarik



Kami di Penarik Inn, Penarik, Setiu.
Penarik Inn Myspace
HFC?

Aktiviti Kedua (1 Ogos 2008)

Aktiviti kedua ini dijalankan di Kg. Seberang Tayor Hilir pada 1 Ogos lepas. Walaupun sambutannya tidak seperti di Kg. Air Putih, kami semua berpuas hati dengan perjalanan aktiviti ini. Ini sebahagian daripada gambar aktiviti kami.


Sumbangan orang ramai


Buku sumbangan WWF


Kg. Seberang Tayor Hilir


Memunggah barang
















Berkolektif adalah menggembirakan


Sesi minum air


Terima kasih kepada:
Orang ramai yang menyumbang
WWF untuk buku
AJK Kg. Sbrg Tayor Hilir
Orang ramai yang hadir

Komunikasi

Anda semua boleh berkomunikasi dengan kami di

human_first_corelective@yahoo.com

Hantarkan artikel-artikel yang boleh dikongsi bersama ataupun sebarang cadangan.
Kami akan cuba mengemaskinikan blog ini selalu.

Lawati kami di Myspace
myspace.com/humanfirstcorelective

Komunikasi sekarang.

Tuesday, August 26, 2008

Aktiviti Pertama (18 Julai 2008)

Sebahagian daripada gambar semasa aktiviti pemberian barangan percuma di Kg. Air Putih Kemaman. Ia telah dilangsungkan pada 18 Julai 2008.


Sebelum bertolak


Tempat aktiviti


Sumbangan orang ramai


Kanak-kanak penerima terawal










Hujan


Beralih ke kawasan pasar


Suasana di kawasan pasar




Berkomunikasi


Antara penerima


Berjaya

Monday, August 25, 2008

Pengenalan

HUMAN FIRST COLLECTIVE adalah sekelompok anak-anak muda yang sedar akan bahaya dunia hari ini yang semakin menindas selain mengisi masa lapang dan ingin membantu/menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Kolektif ini adalah bebas daripada sebarang bentuk sistem piramid atau hirarki. Semua orang adalah sama. Tiada ketua, tiada pekerja, tiada yang kecik, tiada yang besar, tiada tinggi dan tiada rendah. Semua bergabung bersatu hati membentuk satu solidariti yang mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Kolektif ini juga bebas daripada segala anasir-anasir dan fahaman politik. Kami tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Kami juga menolak sebarang bentuk prejudis, diskriminasi antara kaum, kekerasan dan penindasan. Semua orang tidak kira agama, bangsa dan asal usul boleh menjadi sebahagian dari kami. Kolektif ini adalah untuk semua! Sebagai anak-anak muda, kami menganggap wadah atau medium kolektif adalah satu jalan yang terbaik untuk kami bersama-sama membantu yang memerlukan. Pembentukan kolektif ini juga merupakan salah satu langkah yang mampu kami lakukan untuk mencetuskan revolusi kecil dan melalui kekuatan penyatuan inilah kami akan terus membantu yang memerlukan. Melalui kolektif ini juga kami dapat menyebarkan sebarang info, bertukar-tukar idea, menjalankan aksi langsung dan segala benda yang relevan untuk dilakukan. Terlalu banyak aktivitas-aktivitas yang kami rancangkan. Cuma kami hanya perlu mengikut langkah demi langkah. Kami percaya kepada kesamarataan. Kita berpijak di bumi yang sama dan bernafas dengan udara yang sama! Jadi kita berhak untuk mendapat nikmat yang sama. Segala keprihatinan, tenaga dan solidariti dari anda amat kami harapkan untuk merealisasikan kolektif ini! Berkolektif adalah sesuatu yang mengembirakan.