HFChat Box

Sunday, July 19, 2009

BERIKAN CINTA PADA SESAMA


mari beraktivism dan berhibur.
semua di jemput hadir.
sebelah pagi, aktiviti pembahagian barang percuma untuk penduduk sekitar. akan berlangsung sekitar pukul 8 pagi.
dan disebalah petang, mari berhibur pula di dewan residence resort. bermula pukul 1 tengah hari. bayaran masuk untuk melihat persembahan band ialah RM13 dipintu.
jadi, sila lapangkan masa anda pada sabtu 8 ogos ini. jumpa di sana.

Yang Lepas


tunggu report dan gambar kalau ada!

Sunday, July 5, 2009

Akan Datang

Pembahagian barang percuma di Paka (di antara Kertah dan Dungun) pada 8 Ogos 2009. Tempat spesifik akan dinyatakan kemudian.

Hubungi kami jika anda ingin menghulurkan sumbangan tidak kira dari segi material atau tenaga.

Gerakan Anti Perkauman

Ikuti pengenalan tentang mereka yang di ambil dari blog GAP.

SIAPA GAP.?

Gerakan Anti Perkauman (GAP) adalah sebuah gerakan yang keanggotannya bersifat
terbuka untuk umum, tidak dibatasi pada agama, Bangsa, jenis kelamin ataupun fahaman politik.
GAP juga adalah gerakn yang bersifat independent, bebas dan tidak terikat kepada parti politik. jika GAP mengadakan kerja sama dengan Gerakan-gerakan ataupun parti,
Hal ini hanya bersifat alliance taktik atau sementara.

GAP sebagai Gerakan perlawanan, Diwujudkan kerana adanya persamaan yang menuju kepada
situasi dan kondisi dalam negara yang semakin kabur arah geraknya dan cenderung
ke keadaan yang merugikan rakyat pada umumnya. Rejim penguasa yang yang bersifat feodalistik dan militeristik dalam tindakan-tindakan yang bersifat melanggar hak asasi manusia dan merugikan rakyat.
Konflik Perkauman antara sesama rakyat terus terjadi dan
tidak pernah selesai. Di manakah kehidupan yang adil, makmur dan
sejahtera buat rakyat ?

Dengan mengacu pada situasi dan kondisi seperti di atas itulah, GAP sebagai gerakan tidak
terpisah dari rakyat dan berusaha untuk membangunkan kesedaran, kekuatan rakyat dan belajar bersama-sama dari mula akar rumput (grass root) untuk melakukan sebuah perubahan yang benar-benar menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan, adil dan makmur.

Untuk mencapai cita-cita masyarakat yang adil, makmur, sejahtera dan tanpa penindasan,
dalam perjuangan.

GAP menentang :

1. Feodalisme, GAP menentang segala bentuk perwujudan nilai feodalisme yang menurut kami
akan selalu menghasilkan proses pemasungan kebebasan manusia untuk berkembang dengan efektif. culture individu, patrotik, budaya patuh yang membudak serta hilangnya daya kritik dalam berfikir adalah beberapa nilai yang lahir seiring dengan feodalisme ini. Oleh kerana itu,
feodalisme harus segera dihapuskan.

2. Fasisme, GAP menentang segala bentuk penindasan yang dilakukan oleh seseorang atau
sekelompok orang terhadap seseorang atau sekelompok orang yang lainnya.

3. Militerisme, GAP menentang segala bentuk militerisme. Bidang-bidang kehidupan rakyat,
seperti bidang ekonomi, sosial dan politik, Mesti dibebaskan dari campur tangan pihak militari yang setiap kali melakukan tindakan pemaksaan kehendak dengan alat pemaksa ataupun senjata milik mereka.

4. Imperialisme atau penjajahan, penindasan suatu bangsa yang dilakukan oleh bangsa lain adalah salah satu bahagian dari bentuk pengeksploitasian milik kapitalisme. Dan dari itu, GAP menentang segala bentuk penjajahan di atas muka bumi ini. GAP mendukung dan berpihak kepada kemerdekaan yang dituntut dan diperjuangkan oleh bagsa-bangsa terjajah. Lantaran hal itu lah yang kami sebut sebagai solidariti internasional.

5. Diksriminasi, GAP menentang segala bentuk tindakan diskriminasi atau pembezaan yang
merugikan seseorang atau sekelompok orang. Dalam hal ini, bererti GAP juga menentang:

a. Racism, GAP menentang segala bentuk pembezaan yang merugikan terhadap warna kulit tertentu. Termasuk di dalamnya, GAP menentang pembezaan yang merugikan terhadap suatu kaum atau bangsa dan juga menentang penciptaan konflik yang menggunakan isu-isu agama,
bangsa dan juga Clasism. Dan dengan itu, Nazi atau malay power dan golongan-golongan yang bersifat pembezaan mesti dihapuskan sama sekali.

b. Seksism, GAP mendukung perjuangan untuk menuntut persamaan hak antara lelaki dengan
wanita. Sistem patriarki atau dominasi kaum lelaki terhadap wanita harus dihapuskan.

c. Homophobia, GAP mendukung perjuangan untuk menuntut persamaan hak bagi kaum gay atau
lesbian. Tindakan-tindakan diskriminasi terhadap kaum ini harus dihapuskan.

Monday, June 8, 2009

BAJU HFC

design 1: design 2:
harga : rm15
order : ayie-0179518320


Tuesday, June 2, 2009

LAPORAN RINGKAS

PEACE GIG VOL. 2

Akhirnya sukses! Walaupun sedikit kelam kabut dengan masa set list band. Maafkan kami. Band yang beraksi pada hari kejadian ialah Distortia, Kasih Sayang, Dully Dog, Superzelous, DEP, Derhaka, DKR, Sleepy Jeremy, Skitsofrenia, Dum Dum Tak, Crimescene dan diakhiri dengan Kuchalana. Band pertama beraksi pada jam 1 dan band terkhir tamat pada jam 7:30 malam. Terima kasih pada semua band yang terlibat dan terima kasih juga kepada anda yang datang menyokong dan memeriahkan acara ini. Harap anda pulang dengan kegembiraan dan sedikit ilmu. Penghargaan buat DJ Shah kerana memberi kebenaran menggunakan bar beliau. Kalau rasa haus, boleh la singgah di sana : )

Weot Skam dan Min Gangbuster tak dapat datang pada gig ini adalah kerana masalah pengangkutan. Mereka meminta maaf pada semua. Mungkin lain kali kita jumpa.

Perlawanan menentang rasisme masih belum berakhir!

Smash Racism!

*Kami perlukan maklum balas dari anda. Sila tinggalkan komen anda di sini.

*Jika anda ada rakaman video gig, jika senang boleh la hantarkan di alamat e mel kami.

*Klik di sini untuk lihat foto.